"kadang2 Allah bagi terus apa yang kita minta, tapi kadang2, Allah tangguh dulu apa yang kita minta"
yes,, i'm believe with this...
based on experience. saya percaya pasti ramai yg pernah merasainya. cuma sedar atau tidak. apa pun yg terjadi, put your trust in Allah. Insyaallah, He always with you. Never give up.
sebelum masuk U, masa mohon PTPTN , saya pernah tulis dalam buku,
Ya Allah, aku mohon bantuanMu... permudahkanlah urusanku... jauhilah aku drpd hutang yg membebankan...mohon result yg baik... mohon dimurahkan rezeki...
saya mohon JPA. beberapa bulan lepas 2,, keputusan permohonan JPA keluar. sangat sedih, kwn baik saya dpt, tp saya x dapat. seriously, saya menangis. saya jelous, semua ada. tp x lama lepas 2, saya sedar, mgkin rezeki saya lain kali. dan lepas 2, saya x nangis lg. lebih kurang sebulan lepas 2, pihak JPA call ayah, ckp saya dapat biasiswa... masa 2 mcm x prcaya. tp Alhamdulillah, syukur, berkat kesabaran dan kepercayaan saya trhadap janji Dia. hutang PTPTN dapat diselesaikan. doa yg pernah saya minta beberapa bulan yg lalu diperkenankan.
itu soal duit. belum soal jodoh bg yg mencapai usia layak kahwin ni. saya pasti semua org mesti pernah doa moga dipertemukan dgn jodoh yang baik, dipercepatkan perkahwinan, moga mendapat keberkatan. tapi sekiranya doa belum dimakbulkan, jgn kecewa. mungkin ada yg lebih baik. mungkin juga diri sendiri perlu diperbaiki. solat. aurat. pergaulan. percakapan. ilmu agama. dan sebagainya. tepuk dada, tnya diri sendiri.
jangan kecewa andai diri ditinggalkan. jgn kecewa andai doa belum dimakbulkan. sbb setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
bg yg baca coretan saya ni, saya nk tegur diri sendiri dan sahabat2 yg saya kasihi. SOLATLAH, kerana solat itu tiang agama. solat ibadah pertama akan dihisab. bukan aurat, bukan ilmu agama, ilmu perkahwinan, ilmu dunia dll. tp SOLAT, perkara pertama yg akan dihisab. saya nk tegur, tapi lidah kelu setiap kali nak cakap. ingatlah sahabatku, sesiapa yg mengakui dan mengetahui kewajipan menunaikan solat, tetapi meninggalkannya kerana malas dan sengaja, maka dia berdosa dan FASIQ. bukan saya kata, tapi ni Allah kata. mohonlah berubah sahabatku. ingatlah Tuhanmu yg memberimu hidup, nyawa, rezeki, ilmu dan sebagainya. kejayaan atau kegagalan sekarang adalah ujian buat kita yang hidup di dunia yg sementara ni.
buat diri saya sendiri dan sahabat2 yang saja kasihi jugak, tutuplah aurat dgn sempurna. mula sedikit demi sedikit kalau rasa x mampu. kita kena buat, sbb itu kewajipan. apa guna pakai tudung tapi lengan dibiarkan terbuka. itu yg selalu saya ingin tegur. tapi saya selalu takut nk cakap. saya takut nnti kawan2 saya x dpt nk terima teguran saya. saya tahu, diri saya jugak x sempurna, tp yg saya mampu tegur saya tegur. sebab saya sayang kalian. kesiankanlah ayah kita yg kena tanggung dosa kita. janganlah bebankan ayah yg semakin lanjut usia. nnti ayah yang akan disoal kenapa x ajar anak tutup aurat sempurna. mungkin ada ayah yg x pernah tegur, tp sebagai anak, ingatlah sendiri. jgn cari kesalahan ibu bapa.
saya mohon maaf zahir & batin sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara. cuma saya rasa ni jela satu2nya cara yg saya boleh buat. saya juga macam anda semua, masih mencari dan belajar. masih dalam proses memperbaiki diri. moga diberi kekuatan.
"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan" [al-Hajj 22:78]
"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya" [at-Thalaq 65:3]
-remember ALLAH-
-remember your parents-
-TRUST yourself-
-discover your own strength-

No comments:
Post a Comment