RSS

Sunday, August 7, 2011

tip sahabat

Jangan BERJANJI andai tidak ditepati



Teguran, kritikan serta nasihat yg disuarakan oleh seorang sahabat perlu kita berikan perhatian. Jika kita benar-benar menyayangi & menghargai erti sebuah ikatan persahabatan, kita perlu lakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan. Dengan itu, kepada kita (saya-anda) yg bergelar sahabat kpd seorang sahabat, maka renung-renungkanlah tip ini :




Tip 1 : Tempatkan diri anda di tempat sahabat

Bagaimana rasanya apabila diri kita ditipu dan ditaburi janji-janji kosong oleh seorang sahabat? Pastinya kita akan rasa diri kita seolah2 dikhianati. Tentu menyakitkan bukan?? Lambat-laun apabila kesabaran sudah sampai ke puncaknya, sudah tentu kepercayaan kita terhadap sahabat akan beransur-ansur pudar. Jadi sebaiknya, kita hendaklah sentiasa menempatkan diri dalam situasi sahabat kita itu.


Tip 2 : Kenal pasti kesilapan

Cuba kita senaraikan penyebab kepada kegagalan mengotakan janji terhadap seorang sahabat di masa lalu. Mungkin dgn cara ini kita dapat tahu kesilapan yg tlh dilakukan. Dengan cara ini juga kita tidak akan terus dipersalahkan oleh sahabat kerana kita sendiri tidak bermaksud dengan sengaja membuat janji-janji kosong terhadap seorang sahabat.





Tip 3 : Saling ingat-mengingati

Kita dan sahabat kita hendaklah saling mengingati agar masing-masing tidak tersasar dari landasan atau matlamat persahabatan yg sebenar. Tegurlah sahabat kita utk mengingatkan akan janji-janji yg pernah disuarakan. Biasalah, sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari dari sifat pelupa.

Tip 4 : Susuli niat dengan tindakan

Setiap niat memerlukan tindakan segera. Sikap pantas bertindak mampu mengatasi diri drpd terus dibelenggu permasalahan begini. Mulakan perubahan secara perlahan-lahan dan anda tekad dengan misi dan matlamat anda untuk berubah.

Tip 5 : Berfikir sebelum berjanji

Berfikirlah dahulu sebelum menabur janji! Kita perlu berfikir dan menilai sama ada janji yang kita tabur itu mampu atau tidak untuk dilaksanakan. Sekiranya masih ragu-ragu, sebaiknya jangan memberi sebarang harapan kepada sahabat kerana jika kita gagal melunaskan janji itu, ia tentu menyakitkan dan boleh menyinggung perasaan sahabat kita...



p/s : do the best 4 our friendship...=)

No comments:

Post a Comment