Hassan Basri juga pernah ditanya oleh seorang lelaki yang sangat ingin berqiamullail tetapi sering tidak dapat. Jawabnya :
ﻨﻥﻮﺑﻚ ﻗﻴﺪﺗﻚ
Maksudnya: "Dosamu telah mengikatmu"
Beliau juga pernah berkata: "Sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia akan diharamkan qiamullail dan juga diharamkan puasa pada siang hari dengan sebabnya (sebab dosa)"
Fudhail bin Iyadh menyebut : " Apabila kamu tidak mampu untuk bangun qiamullail dan berpuasa pada siang hari, maka ketahuilah bahawa kamu diharamkan dan diberatkan. Diberatkan oleh dosa-dosamu."
Sumber : Ensiklopedia Solat
Ini adalah hasil bacaan saya semalam. Ya, kita manusia sering melakukan dosa. Kalau rasa berat sangat nk beribadah 2, tepuk dada, tanya diri sendiri. (peringatan utk diri sendiri jugak). Tapi, Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang. Peluang sentiasa ada untuk memperbaiki diri.
Cari. Jangan sekadar menunggu. Paksa diri.
Kalau terdetik dalam hati perasaan ingin berubah, segerakanlah, sebab hidayah tu mungkin akan ditarik balik bila2 masa ja. Jangan bertangguh. (peringatan utk diri sendiri jugak)
Ya Allah... kuatkanlah,,,,